728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 13 Jan 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-002Dollar Yen yang membuka minggu ini dengan sedikit “gap down”, memacu semula naik melebihi 100 mata, sekitar 119.30, apabila pasaran Eropah dan Asia bertembung Isnin semalam; dimana para pelabur mula memberi reaksi kepada data NFP dan “unemployment rate” Amerika Syarikat yang memberangsangkan.  Pada masa yang sama, ketegangan etnik dan agama mula mengendur di Perancis.

Ahad lalu, kerajaan Jepun pimpinan Shinzo Abe, dalam satu kenyataan mengatakan, satu bajet dengan jumlah 96 trilion Yen bakal dibentangkan di parlimen bagi menjana ekonomi melalui dasar fiskal dan mengurangkan hutang negara.  Jepun adalah negara maju yang paling banyak hutang dengan 227.2% berbanding GDP.  Amerika Syarikat pula memiliki hutang luar 102% dari GDP.

Pasaran hari ini dijangka terus “ranging antara julat 118.00 ke 119.50 lantaran tiada sebarang data ekonomi berimpak tinggi dari kedua-dua negara.  Bagaimanapun para pedagang dijangka mula memberikan tumpuan pada laporan ekonomi Amerika Syarikat seperti “retails sales” esok, “unemployment claims” Khamis dan CPI serta “consumer sentimen” Jumaat.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register