Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 13 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-007

Dollar Yen berada dalam dagangan ‘sideway’ Selasa semalam, dengan pergerakan sekitar 85 pips dari paras tertinggi harian sekitar ¥118.05 ke serendah ¥117.20, sebelum menutup sekitar ¥117.60; setelah akaun semasa Jepun dilaporkan bercampur-campur dan agak mengelirukan. Jepun mencatatkan lebihan akaun semasa untuk bulan ke-17 berturut-turut pada bulan November, sekaligus menyediakan sokongan untuk usaha-usaha Perdana Menteri Shinzo Abe bagi meningkatkan ekonomi keempat terbesar dunia itu.

Lebihan yang paling luas dalam perdagangan Jepun adalah sebanyak ¥1.14 trilion yen ($9.7 bilion) pada bulan November lalu, meningkat daripada ¥440.2 juta pada tahun sebelumnya, menurut Kementerian Kewangan Jepun di Tokyo semalam. Anggaran median bagi 23 pakar ekonomi yang dikaji oleh Bloomberg adalah untuk lebihan sebanyak ¥895 bilion sahaja. Penurunan harga minyak dan kenaikan nilai Yen baru-baru ini, telah menolak harga import ke bawah dan meningkatkan imbangan perdagangan.

telegram-moshed

telegram-moshed

Lebihan pendapatan utama adalah sebanyak ¥1.54 trilion pada bulan November, yang terbesar dalam rekod untuk bulan November, menurut laporan semalam. Baki akaun perkhidmatan mempunyai lebihan sebanyak ¥61.5 bilion, dibantu oleh caj bagi penggunaan hak harta intelek dan pelancungan. Dollar AS telah terperangkap di atas zon ¥117.00 semalam, dengan diberati oleh harga minyak dan pasaran saham yang merudum, setelah dicetuskan oleh kebimbangan mengenai risiko kelembapan ekonomi global terutamannya di China.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register