Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 13 Jul 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-004

Dollar Yen terus memacu naik lebih 150 pips Jumaat lalu, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 122.85 sebelum menutup sekitar paras 122.75; selepas Dollar kembali dibeli apabila Greece mengemukakan cadangan kepada Eurogroup.  Awal Jumaat Greece meletakkan butiran pelan bantuan kecemasan yang baru, untuk menyelamatkannya dari ambang keruntuhan kewangan, yang menawarkan pengurusan pencen yang lebih baik dan kenaikan cukai; sebagai balasan kepada hutang dan pinjaman menyelamat dari Euro-Zone.

Krisis hutang Greece yang telah berjalan sekian lama, akhirnya memaksa bank-bank di negara itu ditutup bulan lalu, sekaligus menjadikan ekonomi terhenti.  Sementara itu larangan memindahkan wang ke luar negara, telah mengasingkan Greece daripada pembekal luar untuk segala-galanya, daripada makanan hingga perubatan.

telegram-moshed

Di bawah cadangan baru kerajaan berhaluan kiri Greece, yang mendapat kuasa pada Januari lalu dan berjanji untuk menamatkan tahun penjimatan yang menyakitkan; bersetuju dengan tuntutan pemiutang ‘untuk tidak menggalakkan persaraan awal dan mendapatkan sumbangan insuran kesihatan yang lebih tinggi daripada para pesara.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register