banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 13 Mei 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-020

Dollar Yen susut lebih 45 pips dalam dagangan tipis Selasa semalam, dari paras tertinggi harian sekitar 120.25 sebelum menutup lebih rendah sekitar paras 119.85; selepas permintaan untuk Dollar kembali mengurang terkesan dari laporan “JOLTS job openings” yang berkurang dari 5.14 juta kepada 4.99 juta berbanding 5.16 juta jangkaan.

Sebelum daripada itu, Dollar AS mendapat momentum dan JPY turun selepas komen daripada Bank of Japan bahawa lebih banyak rangsangan sedang mendatang. Pentadbiran Abe merancang untuk menetapkan sasaran jangka sederhana bagi mencapai matlamat pembaharuan fiskal utamanya pada tahun 2020, bertujuan untuk mengurangkan nisbah defisit utama dengan GDP kepada kira-kira 1% peratus pada tahun fiskal 2018.

Dolar mencecah ketinggian dua minggu sebelum itu berbanding Yen dan meningkat daripada dua bulan terendah berbanding dengan sekumpulan mata wang utama, disokong oleh tanda-tanda bahawa ekonomi Amerika Syarikat yang stabil baru-baru ini. Para pedagang kembali yakin selepas laporan Jabatan Tenaga Kerja AS Jumaat lalu menunjukkan ekonomi menambah 223 ribu pekerjaan pada bulan April dan pengangguran jatuh kepada tujuh tahun terendah sebanyak 5.4%.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register