728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 13 Nov 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-10

Dollar Yen susut lebih 55 pips Khamis semalam untuk ke paras terendah harian sekitar 122.55 sebelum menutup sekitar paras 122.60; setelah yen mendapat sedikit permintaan terkesan dari data pesanan barangan mesin Jepun yang dilaporkan lebih baik dari jangkaan, serta para trader yang mengambil untung belian.  Pada masa yang sama, pasaran mempercayai bahawa Bank of Japan akan menambah rangsangan tambahan pada mesyuaratnya yang akan datang, tanpa mengira komen daripada Gabenor BoJ.  Jepun semakin jatuh ke dalam kemelesetan dan inflasi terus menurun.

Ahli lembaga Bank of Japan Yutaka Harada menjelaskan mengapa bank pusat bertahan pada mesyuarat 30 Oktober lalu.  Beliau mengakui dan berkata pandangan peribadi beliau ke atas ekonomi dan inflasi Jepun adalah “sedikit lemah” daripada BoJ. Beliau juga menyebut beberapa risiko luar negara: pasaran negara membangun yang perlahan, terutama China; satu “kejutan yang tidak dijangka” dari Amerika Syarikat yang tegas mahu menaikkan kadar, serta krisis hutang Eropah yang kembali semula.  Sekiranya semuanya ini melemahkan Jepun, BoJ “perlu melaksanakan pelonggaran monetari tambahan tanpa ragu-ragu,” tambah beliau lagi.

telegram-moshed

telegram-moshed

BOJ mengurangkan jangkaan inflasi pada 30 Oktober lalu dan menolak ke belakang enam bulan sebagai masa yang sesuai untuk mencapai sasaran inflasi. Pada masa yang sama, ia menahan dari mengembangkan rangsangan, sambil menyalahkan pertumbuhan harga yang lembap atas kesan kejatuhan kos tenaga dan bahan api.  BoJ dilihat kekal di bawah tekanan untuk menambah ransangan, ekoran ekonomi Jepun yang menghampiri semula kemelesetan dan permintaan luar yang lembap telah memberati eksport.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register