Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 14 Mei 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-014

Dollar Yen merudum sekitar 100 pips Rabu semalam, dari paras tertinggi harian sekitar 120.05 sebelum menutup lebih rendah sekitar paras 119.15; selepas permintaan untuk Dollar jatuh, terkesan dari data jualan runcit yang mengecewakan. Jualan runcit yang dijangka mengurang sebanyak 0.3% berbanding 1.1% pada sebelumnya, dilaporkan tiada sebarang peningkatan.

Pada masa yang sama, pagi semalam data akaun semasa Jepun dilaporkan lebih baik daripada yang dijangkakan, sekaligus membantu untuk menyokong Yen. Lebihan dalam akaun semasa yang mengukur perdagangan Jepun dengan negara lain di dunia, adalah ¥2.80 trilion ($23.3 billion) pada bulan Mac sebelum pelarasan bermusim dan lebihan yang meningkat lebih daripada 20 kali ganda setahun itu, telah dirangsang oleh peningkatan pendapatan daripada pelaburan di luar negara dan imbangan perdagangan yang bertambah baik.

Yen yang lemah akibat daripada dasar-dasar ekonomi Perdana Menteri Shinzo Abe, telah membantu meningkatkan nilai pendapatan yang diperolehi di luar negara, manakala harga bahan api yang merudum telah menurunkan bil import negara; sekaligus mengembalikan imbangan perdagangan kepada positif. Lebihan akaun semasa itu adalah lebih besar daripada lebihan ¥2.07 trillion yang diramalkan oleh ahli ekonomi dan merupakan lebihan yang terbesar sejak Mac 2008.

Jepun telah tidak kerap mencatatkan lebihan akaun semasa bulanan lebih ¥2 trillion, sejak krisis kewangan global di mana permintaan luar negara adalah kukuh untuk barangan Jepun sebelum itu. Para pedagang boleh mengharapkan Yen untuk terus lemah pada akhir tahun, yang seharusnya meningkatkan lebihan dalam imbangan pendapatan utama. Secara keseluruhan, ahli ekonomi mengatakan bahawa lebihan akaun semasa perlu pulih daripada 0.5% daripada GDP pada tahun 2014 kepada 2.5% pada tahun ini, iaitu yang tertinggi sejak 2010.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register