banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 14 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-007

Dollar Yen susut lebih 50 pips Selasa semalam untuk mencapai paras terendah harian sekitar 119.55 sebelum menutup sekitar paras 119.75; setelah pasaran Jepun kembali dari bercuti dan menilai minit mesyuarat Bank of Japan untuk mencari petunjuk rangsangan tambahan menjelang mesyuarat pada 30 Oktober ini. Beberapa minit dari mesyuarat pada September 14-15 lalu, melihat kemelut di pasaran negara membangun sebagai sebab untuk perubahan dalam prestasi ekonomi domestik.

Dalam membincangkan perkembangan ekonomi Jepun, BoJ berkata eksport “baru-baru ini lebih kurang stabil”, setelah berkata pada bulan Ogos bahawa ianya “semakin pulih, walaupun dengan beberapa turun naik”.  Satu lagi bidang yang stabil, setelah kembali pulih sebelum ini adalah pengeluaran perindustrian. Walau bagaimanapun, Bank of Japan masih optimistik bahawa ia mungkin meningkat sederhana.

telegram-moshed

telegram-moshed

Bulan ini, Bank of Japan mengekalkan kadar dan dasar untuk tidak meningkatkan program rangsangan monetari; sekaligus meningkatkan jangkaan bahawa ia akan menarik picu pada mesyuarat 30 Oktober ini, demi mengembangkan usaha untuk meningkatkan ekonomi. Walau bagaimanapun, Gabenor Haruhiko Kuroda berkata semalam dalam majlis IMF-World Bank di Peru, bahawa dia melihat hanya sedikit keperluan untuk rangsangan baru.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register