Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 15 April 2016

USDJPY Analisa Fundamental Harian 15 April 2016

Dollar Yen berada dalam dagangan bercampur-campur Khamis semalam, turun naik dari paras tertinggi harian sekitar ¥109.55 ke serendah ¥108.90, sebelum menutup sekitar paras ¥109.40; setelah CNBC melaporkan bahawa peningkatan nilai Yen berbanding Dollar telah menjadi begitu misteri, sehingga pakar-pakar ekonomi menghadapi kesukaran dalam meramalkan pergerakan seterusnya.

Sejak mesyuarat Feds pada Mac lalu, di mana FOMC memberi isyarat kenaikan yang perlahan kepada kadar yang lebih tinggi, Dollar telah jatuh lebih daripada 5% berbanding Yen. Marketwatch mengatakan Yen kini berada dalam kedudukan belian bersih terbesar berbanding Dollar AS pada $6.8 bilion, menurut satu analisis dari Scotiabank, berdasarkan data CFTC terbaru.

Perdana Menteri Shinzo Abe telah memenangi pilihanraya terbaru pada akhir 2012 lalu, berdasarkan janji bahawa pentadbirannya akan melakukan segala-galanya untuk menghidupkan semula pertumbuhan ekonomi dan inflasi di Jepun selepas deflasi hampir dua dekad. Tugas utama Bank of Japan kini adalah untuk mengekalkan kestabilan harga. Untuk tujuan itu, BoJ menetapkan sasaran kestabilan harga dengan pertumbuhan sebanyak 2% setahun.

Sejak Januari 2013, BoJ telah gagal dalam mencapai matlamat ini walaupun telah mengambil langkah-langkah rangsangan yang luar biasa. Indeks harga pengguna kini hanya menunjukkan kenaikan tahun ke tahun sebanyak 0.3% pada bulan Februari, menurut data terkini. Ini tidak termasuk harga makanan dan tenaga yang tidak menentu, dimana kenaikan tahun ke tahun meluas kepada 0.8%.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register