Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 15 Dec 2014

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-007Parti Liberal Demokratik yang diketuai Abe Shinzo menang dalam pilihanraya umum Ahad semalam dengan majority 2/3 walaupun bancian menunjukkan mereka yang keluar mengundi hanya sekitar 35%.  Dollar Yen yang didagangkan dalam suasana “ranging” pada Jumaat dari 119.20 ke 118.05 dalam keadaan pasaran yang menjangkakan kemenangan tersebut dibuka dengan 10 mata “gap down” hari ini.

Program ransangan ekonomi ala “abenomics” yang dilihat bakal diteruskan, mula hilang populariti selepas data GDP Jepun yang keluar baru-baru ini tidak menunjukkan keputusan yang diharapkan.  Perdana Menteri Shinzo Abe yang terpaksa membubarkan parlimen lebih awal dari jadual selepas menangguhkan cukai jualan yang dilaksanakan pada April lalu, dilihat bakal mengubahsuai program “Abenomicsnya” untuk mengeluarkan Jepun dari deflasi lebih 2 dekad.

Hari ini, dengan data berimpak tinggi “Tankan Large manufacturing Outlook” dari Jepun yang dijangkakan lebih baik dari bulan lepas, 14.00 berbanding 13.00; dilihat bakal memacu permintaan untuk Yen dalam keadaan pasaran yang berhati-hati mahu melihat rancangan Shinzo Abe selanjutnya.  Tiada data berimpak tinggi dari Amerika Syarikat hari ini.

telegram-moshed

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register