728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 15 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-019

Dollar Yen berada dalam dagangan bercampur-campur Isnin semalam, dengan pergerakan sekitar 100 pips dari paras tertinggi harian sekitar ¥121.35 ke serendah ¥120.35, sebelum menutup sekitar paras ¥121.00 yang lebih rendah dari pembukaan sekitar ¥121.15; setelah kedua-dua indeks Tankan Jepun – pembuatan dan bukan pembuatan – dilaporkan lebih baik dari jangkaan.  Indeks pembuatan dan bukan pembuatan, masing-masing dilaporkan pada 12 dan 25 mata, sama seperti sebelumnya, berbanding jangkaan masing-masing 11 dan 23 mata.

Di pasaran Jepun, syarikat-syarikat besar kebanyakannya kekal yakin dengan rancangan perbelanjaan modal mereka tahun ini sehingga Mac 2016, menurut Kajian suku tahunan “Tankan” Bank of Japan; sekaligus menandakan kejayaan usaha Perdana Menteri Shinzo Abe untuk menggesa firma Jepun melabur lebih banyak dengan keuntungan yang mereka perolehi. Kerajaan Jepun tidak bercadang untuk menentukan cara-cara untuk mengatasi kehilangan hasil cukai akibat daripada kadar cukai yang lebih rendah pada makanan tertentu, apabila cukai jualan dinaikkan pada tahun 2017, menurut Menteri Kewangan Taro Aso.

telegram-moshed

Kerajaan perlu mendapatkan sekitar ¥1 trilion untuk mengecualikan semua item makanan apabila cukai penggunaan dinaikkan sebanyak 2% kepada 10% pada 2017. Parti Demokratik Liberal menyasarkan untuk mencapai persetujuan terakhir pada Jumaat lalu, tentang senarai barangan yang akan dikecualikan kenaikan cukai bagi mengurangkan kesan negatif ke atas perbelanjaan pengguna. Rundingan cukai berlarutan hingga hujung minggu, dengan perdebatan utama sama ada makanan yang dihidangkan di restoran layak untuk kadar yang lebih rendah.

Cukai penggunaan juga akan dinaikkan kepada 10% daripada 8% peratus sekarang pada April 2017 nanti. Namun kadar bagi semua makanan dan minuman, kecuali alkohol, akan dikekalkan pada 8% peratus. Kerajaan Jepun telah berjanji untuk menggunakan semua pendapatan tambahan daripada kenaikan cukai pengguna yang dirancang – dianggarkan mencecah ¥5.4 trilion setahun tanpa kadar rendah khas untuk makanan – untuk membiayai perbelanjaan keselamatan sosial untuk orang-orang tua.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register