USDJPY Analisa Fundamental Harian 15 Feb 2016

0 2

Dollar Yen melonjak lebih 180 pips sepanjang sesi Eropah Jumaat lalu, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar ¥113.55 sebelum menutup sekitar paras ¥113.25 Jumaat lalu; setelah para trader mengambil keuntungan daripada pembelian Yen. Keterangan Pengerusi Feds Janet Yellen telah berakhir dan pasaran susut ke belakang sedikit.

Yen melonjak lebih 9% kepada paras paling kukuh dalam tempoh 15 bulan berbanding Dollar, dengan satu lagi gelombang aliran modal ke dalam matawang ‘safe-haven’ tradisional Yen Jepun; sekaligus menaikkan jangkaan campur tangan rasmi BoJ untuk menyejukkan kenaikan matawang negara matahari terbit itu.

Pelabur global menuju ke dalam Yen dan lain-lain set ‘safe-haven’, di tengah-tengah kebimbangan mengenai ekonomi dunia, sekaligus menghantar matawang Jepun naik mendadak. Komen Pengerusi Federal Reserve AS telah mencetuskan keadaan ini. Yellen dalam kenyataan beliau kepada Kongres  AS mengatakan bahawa Feds akan menaikkan kadar dengan perlahan-lahan “jika ekonomi mengecewakan.”

Ini sekaligus memalapkan prospek kenaikan kadar seterusnya, dan menimbulkan tanda tanya mengenai prospek ekonomi Amerika Syarikat.  Hari ini Jepun bakal melaporkan angka GDP suku keempat 2015 yang dijangka jatuh kembali dibawah sifar pada -0.3% berbanding 0.3% pada sebelum ini. Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari AS hari ini.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa