USDJPY Analisa Fundamental Harian 15 Jan 2016

0 7

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-10

Dollar Yen berada dalam dagangan bercampur-campur Khamis semalam, naik turun dari paras terendah harian sekitar ¥117.30 ke setinggi ¥118.25, sebelum menutup sekitar paras ¥118.05; setelah pasaran berpindah semula kepada mood ‘risk-off’ apabila harga minyak terus jatuh dan menekan para pelabur. Pada masa yang sama, kenaikan harga minyak pudar dan ‘Beige Book’ Federal Reserve AS menunjukkan gambaran ekonomi AS yang bercampur-campur.

Indeks Dollar yang mengukur kekuatan Dollar AS berbanding sekumpulan enam matawang utama, susut 0.1% kepada 98.95 mata, selepas menghabiskan sebahagian besar masa dalam kenaikan. Data rasmi yang dikeluarkan pada awal sesi dagangan Asia semalam, mendedahkan bahawa permintaan China untuk barangan asing adalah mengejutkan kerana kukuh pada bulan Disember. Ini membantu sentimen untuk risiko, menolak Dollar lebih tinggi berbanding Yen, dan menyokong pasaran negara membangun dan mata wang komoditi.

Tetapi perubahan arah dalam pasaran ekuiti AS mempunyai kesan yang meluas. “Jenis tema dominan yang memandu sentimen risiko adalah pasaran saham. Kami melihat jualan yang sangat besar apabila para trader menjadi optimis. Sentimen itu telah meresap ke semua pasaran,” menurut Matt Weller, penganalisis teknikal kanan di Forex.com.

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa