banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 15 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-008

Dollar Yen merudum lebih 115 pips Rabu semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 118.65 sebelum menutup sekitar paras 118.85; setelah Gabenor Kuroda menafikan spekulasi bahawa pemulihan harga akan menjejaskan Jepun, sebaliknya ia mencerminkan ekonomi global yang lebih kukuh.  Beliau juga menolak untuk mengambil contoh daripada Bank Pusat Eropah, dengan berkata bahawa beliau tidak mempertimbangkan untuk menggunakan kadar negatif ke atas deposit bank, sebagai satu cara untuk merangsang ekonomi.

Jepun merupakan salah satu pengimport minyak terbesar di dunia dan mendapat manfaat daripada harga yang lebih murah, tetapi pada masa yang sama eksport merudum kerana harga minyak yang lebih rendah memudaratkan ekonomi negara-negara Asia yang bergantung kepada eksport komoditi. Negara-negara ini membeli lebih 50% daripada eksport Jepun.

Ramai ahli lembaga BoJ memegang pandangan kolektif mereka, bahawa inflasi 2% boleh dicapai di sekitar tempoh enam bulan hingga September tahun depan; tetapi mengulangi amaran oleh gabenor yang tempoh masa boleh tertangguh lagi ekoran penurunan dalam kos tenaga baru-baru ini.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register