728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 15 Sep 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-002

Dollar Yen susut lebih 95 pips Isnin semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 119.85 sebelum menutup sekitar paras 120.25; setelah pasaran ekuiti global lemah.  Jualan bermula awal di Asia kemudian merebak ke Eropah dan Amerika Syarikat apabila pedagang bertindak balas kepada data ekonomi China yang disiarkan pada hujung minggu dan menjelang mesyuarat FOMC pada 16-17 September ini.

Pelaburan aset tetap China dan pengeluaran perindustrian meleset dari jangkaan pada bulan Ogos. Menurut Biro Perangkaan Negara China, pengeluaran perindustrian mencatatkan bacaan 6.1% berbanding anggaran 6.3%. Pelaburan aset tetap dilaporkan pada 10.9% berbanding jangkaan 11.2%. Jualan runcit Cina pula lebih baik sedikit daripada anggaran 10.6% apabila dilaporkan pada 10.8%.

telegram-moshed

telegram-moshed

Di pasaran Jepun, Bank of Japan memulakan mesyuarat dasar selama dua hari. Penganalisis mencari petanda yang bank pusat Jepun bakal mengekalkan dasar monetari yang mengembang, lantaran tanda-tanda kelemahan berterusan dalam ekonomi memberi tekanan kepada BoJ untuk melaksanakan ransangan selanjutnya. Tarikh paling mungkin adalah 30 Oktober.

Walaupun ekonomi Jepun bergelut untuk mendapat momentum selepas menguncup pada suku lepas, kebanyakan ahli ekonomi tidak melihat BoJ mengembangkan rangsangan monetari sehingga mesyuarat 30 Oktober ini. BoJ berada di bawah tekanan untuk bertindak kerana inflasi yang rendah dan kemerosotan dalam pengeluaran.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register