728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 16 Apr 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-012

Dollar Yen menyusut lebih 90 pips Rabu semalam dari paras tertinggi harian sekitar 119.75 sebelum menutup pada paras 119.15 selepas Federal Reserve AS melaporkan “industrial production” jatuh 0.6% selepas berada pada 0.1% pada Februari. Penurunan Mac ini adalah yang terbesar sejak Ogos 2012 dan adalah lebih teruk daripada jangkaan ekonomi ‘hanya penurunan 0.3 peratus.

Penurunan terbesar itu adalah disebabkan oleh penurunan dalam sektor perlombongan dan pengeluaran barangan utiliti; sekaligus menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi semakin perlahan dengan ketara pada suku pertama 2015.

Di pasaran Jepun pula, penasihat kepada Perdana Menteri Shinzo Abe mengatakan Yen telah cukup lemah dan Bank of Japan tidak perlu memaksa inflasi kepada sasaran 2 peratus. “Saya tidak fikir ia adalah satu perkara yang tidak baik untuk memberitahu bahawa jualan Yen sedang menghampiri hadnya sedikit demi sedikit,” kata Koichi Hamada, penasihat dasar monetari kepada perdana menteri Shinzo Abe dalam satu temu bual dengan Bloomberg.

Jika Yen terus dilemahkan dengan lebih jauh, ia mungkin menjadi satu masalah lain pula, menurut Hamada.  Yen telah menurun 23% sejak Bank of Japan memulakan program rangsangan ekonomi ala QE Amerika Syarikat pada bulan April 2014.  Bank pusat itu minggu lalu, mengekalkan pelan pembelian asetnya pada 80 trilion Yen setahun, ekoran cubaan Gabenor Haruhiko Kuroda untuk merangsang inflasi yang telah terhenti dengan kejatuhan harga minyak.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register