banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 16 Feb 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-014

Dollar Yen berada dalam dagangan “ranging” Jumaat lalu, dengan paras tertinggi harian sekitar 119.20 dan terendah sekitar 118.40; selepas menjunam lebih 120 pips sebelumnya dengan “consumer sentimen index” Amerika Syarikat yang dilaporkan meleset dari jangkaan.  Keadaan ini mendorong pasaran mengambil sikap tunggu dan lihat, sebelum membuat sebarang pesanan baru; terutamanya dengan krisis “Grexit” yang berlaku di Eropah.

Menurut Yuzo Sakai, pengurus Forex di Tokyo Forex & Ueda Harlow; terdapat desas-desus pasaran bahawa pegawai-pegawai Bank of Japan tidak lagi berhasrat untuk melemahkan Yen dengan pakej ransangan belian bon.  Sekarang ini sudah tiba masanya untuk BoJ melancarkan anak panah ketiga, iaitu polisi fiskal bagi membaik pulih ekonomi Jepun.

Di Amerika Syarikat pula, dengan data ekonomi yang memberansangkan seperti NFP yang bertambah baik dan kadar pengangguran yang stabil; Federal Reserve mempunyai banyak sebab untuk menaikkan “interest rate” lebih awal dari jangkaan.  Hari ini dengan ketiadaan data berimpak tinggi dari kedua-dua negara, pasaran dijangka terus “ranging”.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register