Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 16 Jun 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-004

Dollar Yen menokok lebih 50 pips Isnin semalam, dalam pergerakan ‘ranging’ dari paras tertinggi harian 123.65 ke serendah sekitar 123.10 sebelum menutup sekitar paras 123.40; sebagai persediaan bagi para pelabur, pengurus dana, dan pedagang yang menunggu mesyuarat FOMC awal pagi Khamis nanti.

Khamis lalu, Dollar meningkat kembali di atas ¥ 124 secara ringkas dalam perdagangan luar negara, selepas laporan Jabatan Perdagangan AS menunjukkan bahawa jualan runcit meningkat selepas pelarasan musim sebanyak 1.2% pada bulan lalu, berikutan keuntungan disemak semula menaik sebanyak 0.2% pada bulan April. Tetapi mata wang Amerika itu gagal untuk mengekalkan pacuan dan susut di bawah ¥123.50, selepas kadar faedah jangka panjang AS, menjunam berikutan hasil lelongan yang kukuh untuk bon 30 tahun Perbendaharaan AS, menurut pedagang.

telegram-moshed

Dollar terhad kepada julat yang kecil sekitar ¥ 123.50 untuk sebahagian besar dagangan semalam. Mata wang Amerika itu berjaya meningkat lewat petang kerana beberapa pelabur menyelaraskan kedudukan mereka, selepas Dollar di jual secara besar-besaran hasil cetusan komen pada Yen oleh Gabenor Bank of Japan Haruhiko Kuroda, menurut pedagang.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register