Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 16 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-005

Dollar Yen berada dalam dagangan ‘sideway’ Khamis semalam, dengan pergerakan sekitar 110 pips dari paras tertinggi harian sekitar 119.15 ke serendah 118.05; setelah spekulasi mengenai masa kenaikan kadar pertama daripada Federal Reserve AS dan potensi pelonggaran kuantitatif selanjutnya (QE) dari Jepun, seperti telah diabaikan oleh pasaran.

Dolar AS menurun berbanding mata wang utama yang lain, apabila data ekonomi yang lemah dari AS menjejaskan jangkaan pasaran untuk kenaikan kadar pada akhir tahun ini. Keseluruhan data ekonomi yang lemah menimbulkan kebimbangan, bahawa pertumbuhan ekonomi AS mungkin kehilangan momentum, dalam menghadapi situasi ekonomi global yang lembap.

telegram-moshed

Petang nanti Gabenor Bank of Japan bakal berucap dan beliau dijangka memberikan maklumat tambahan tentang ransangan ekonomi selanjutnya.  Hujung minggu lalu pada persidangan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) di Lima, Peru, beliau mengatakan tiada keperluan untuk ransangan tambahan dalam masa terdekat.  Malam pula, Amerika Syarikat bakal melaporkan sentimen pengguna yang dijangka meningkat dari 87.2 kepada 88.8

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register