728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 17 Apr 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-013

Dollar Yen berada dalam dagangan ‘ranging’ Khamis semalam, walaupun begitu menutup lebih rendah dari pembukaan, selepas data “unemployment claims” Amerika Syarikat keluar mengecewakan, 294 ribu berbanding 280 ribu jangkaan.  Tambahan pemohon bantuan pengangguran ini menunjukkan pasaran buruh yang lemah, sekaligus memudarkan spekulasi kenaikan “interest rate” pada Jun ini.

Dollar bercampur-campur pada Rabu selepas laporan jualan runcit AS turun, menyebabkan pasaran mula bimbang tentang kesihatan kuasa ekonomi terbesar dunia itu. Nilai Dollar jatuh lebih rendah berbanding euro dan yen, selepas turun pada hari sebelumnya ekoran output perindustrian AS dan data aktiviti pembuatan New York yang lemah.

telegram-moshed

Dollar AS telah menjunam kepada ¥119.68 selepas Koichi Hamada, profesor emeritus di Universiti Yale yang menjadi penasihat dasar ekonomi perdana menteri Shinzo Abe, berkata dalam satu program televisyen, yang yen telah menjadi “agak lemah.” Pagi semalam Dollar AS jatuh apabila para pedagangan mula menjual Dollar dan mengambil keuntungan daripada kenaikan terdahulu.

Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan CPI yang dijangka stabil dan “consumer confidence” yang dijangka bertambah baik dari 93 kepada 93.8  Tiada sebarang data berimpak tinggi dari Jepun.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register