Share This Post

Archive-Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 17 Aug 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-016

Dollar Yen susut lebih 45 pips Jumaat lalu, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 124.05 sebelum menutup sekitar paras 124.30; setelah dolar AS meningkat tetapi masih jauh di luar paras tertinggi baru-baru ini. Jepun pula telah mengalami prestasi ekonomi yang teguh tahun ini, di sebalik ketidaktentuan ekonomi di Asia.

Menurut laporan Bloomberg minggu lepas, pendapatan suku tahunan pusingan korporat terbaru Jepun, menunjukkan banyak perniagaan utama di negara itu sedang menikmati “pertumbuhan keuntungan lebih tinggi daripada yang dijangkakan,” terima kasih kepada dasar-dasar ekonomi Tokyo. Keputusan tersebut bukanlah satu-satunya tanda-tanda peningkatan di Jepun.

Pada bulan Jun, Jepun melaporkan kenaikan sebanyak 3.9% dalam GDP pada suku pertama 2015, mengatasi unjuran awal sebanyak 2.4%. Ia juga meningkat daripada 1.5% yang dilaporkan akhir tahun lepas. Namun prestasi ekonomi masih belum begitu memberansangkan. Masalah pengeluaran perindustrian yang masih lemah, terima kasih kepada kelembapan dalam eksport ke Amerika dan China, dan penggunaan isi rumah.

Dalam satu laporan baru-baru ini di Jepun, ahli ekonomi di IMF menyatakan beberapa sebab keengganan pengguna untuk membuka dompet mereka untuk berbelanja ekoran kebimbangan mereka terhadap kedudukan hutang Jepun kini berjumlah 246% daripada GDP yang boleh menjejaskan pendapatan masa depan mereka. Syarikat-syarikat dan pengguna juga boleh jadi ragu-ragu sama ada Abenomics akan berjaya.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!