banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 17 Feb 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-012

Dollar Yen terus berada dalam dagangan tipis dan ‘ranging’ Isnin semalam, dengan pegerakan tidak melebihi 50 pips; apabila pasaran Amerika Syarikat tutup bercuti sempena hari presiden.  Sebelum daripada itu, ‘industrial production’ Jepun meningkat 1% daripada -3.7% sebelumnya dalam laporan ekonomi Jepun pada sesi Asia.  Walau bagaimanapun GDP tahunan yang dilaporkan pada 2.2% kurang dari jangkaan 3.7%, menyebabkan permintaan yang kurang untuk Yen.

Spekulasi pasaran mengatakan pegawai-pegawai Bank of Japan, amat tertunggu-tunggu program pembaharuan fiskal yang dijanjikan oleh Perdana Menteri Shinzo Abe, sebagai satu dari tiga anak panah dalam program “Abenomics”.  Melemahkan matawang adalah langkah yang teramat mudah dan sudah pun dilakukan sepanjang 3 tahun lepas.  Dollar yang bernilai 75 – 80 Yen sepanjang 2012, kini telah pun bernilai 118 Yen.

Yen yang telah menyusut lebih 20% berbanding Dollar, telah membantu eksport dan meningkatkan pendapatan syarikat-syarikat gergasi seperti Toyota Motor.  Hari ini dengan ketiadaan sebarang data berimpak tinggi dari kedua-dua negara, pasaran dijangka terus ranging melainkan terdapat faktor kejutan pasaran.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register