728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 17 Nov 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-010

Dollar Yen melonjak lebih 105 pips Isnin semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar 123.25 sebelum menutup sekitar paras 123.15; setelah angka KDNK Jepun dilaporkan jauh di bawah ramalan; sekaligus Bank of Japan dijangka menambah rangsangan pada mesyuarat Jumaat ini. Pada masa yang sama, spekulator juga berpindah serta-merta kepada aset ‘safe-haven’ global seperti Dollar AS dan emas.

Ekonomi Jepun merosot kembali ke dalam kemelesetan pada bulan Julai-September, setelah ketidakpastian terhadap prospek luar negara melemahkan pelaburan perniagaan domestik, sekaligus meletakkan pembuat dasar BoJ berada di bawah tekanan yang semakin meningkat untuk melancarkan langkah-langkah rangsangan baru untuk menyokong pemulihan yang rapuh.

telegram-moshed

Ramai penganalisis menjangkakan ekonomi Jepun berkembang sederhana pada suku keempat ini, terkesan daripada syarikat-syarikat yang teragak-agak untuk menggunakan keuntungan mereka bagi menaikkan gaji; yang diharap dapat menjana perbelanjaan pengguna yang boleh meningkatkan aktiviti ekonomi.

Pegawai Jepun sedang mempertimbangkan bajet tambahan untuk tahun fiskal semasa, yang berakhir pada Mac 2016 depan. Dengan angka KDNK (GDP) yang telah dilaporkan, kerja-kerja mengenai rancangan itu mungkin perlu dimulakan.  Angka eksport yang lebih kukuh dalam data KDNK (GDP) terkini, menunjukkan kepada BoJ bahawa dasar pelonggaran setakat ini telah berkesan.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register