banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 17 Sep 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-004

Dollar Yen memacu naik lebih 60 pips Rabu semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 120.70 sebelum menutup sekitar paras 120.55; setelah laporan bulanan BoJ dikeluarkan pagi semalam.  Minggu ini Bank of Japan mengekalkan kadar dan dasar tetapi para pedagang yakin bahawa bank pusat Jepun itu akan menyuntik rangsangan tambahan. Pegawai-pegawai Bank of Japan mengundi untuk mengekalkan dasar dengan pembelian aset pada kadar ¥80 trilion setahun.

Keputusan tersebut telah dijangka secara meluas, walaupun laporan AP berkata terdapat sebilangan kecil pakar-pakar yang membuat spekulasi, bahawa BoJ boleh mengejutkan pasaran dalam pembelian aset untuk memerangi tanda-tanda pemulihan ekonomi yang goyah baru-baru ini.

telegram-moshed

telegram-moshed

Dalam sidang akhbar selepas mesyuarat dasar dua hari BoJ itu, di mana tiada tindakan baru diambil; Gabenor Haruhiko Kuroda berkata ekonomi negara-negara membangun melemahkan eksport dan pengeluaran Jepun. Ini memberikan gambaran kepada pelabur bahawa ransangan tambahan mungkin datang tidak lama lagi.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register