banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 18 April 2016

USDJPY Analisa Fundamental Harian 18 April 2016

Dollar Yen jatuh lebih 110 pips Jumaat lalu, untuk ke paras terendah harian sekitar ¥108.60 sebelum menutu sekitar paras ¥108.77; setelah sentimen pasaran beralih arah. Dalam pada itu, Bloomberg Markets melaporkan bahawa Dollar menghentikan penurunan apabila bank-bank pusat global bergerak untuk menghadkan kenaikan nilai matawang mereka.

Di Asia, Singapura tidak disangka-sangka berpindah ke dasar neutral dengan kenaikan sifar peratus dalam kadar pertukaran pada minggu lalu, manakala Bank of Canada telah memberi amaran bahawa kenaikan lebih daripada 10% dalam Lonnie sejak pertengahan Januari lalu, kini mula mengancam ekonomi, dan pegawai-pegawai Jepun juga cuba untuk menurunkan nilai Yen, yang mendapat prestasi terbaik di kalangan matawang utama pada bulan ini.

Reuters melaporkan Gabenor Bank of Japan, Haruhiko Kuroda berkata di Washington bahawa kenaikan Yen yang ‘berlebihan’ telah diperbetulkan sedikit pada kebelakangan ini. Walaupun ia adalah Kementerian Kewangan, bukan Bank Pusat Jepun, yang menentukan dasar matawang Jepun, kata-kata Kuroda ini adalah ketara, kerana ia adalah kali pertama beliau mensifatkan kenaikan nilai Yen sebagai “berlebihan.”

telegram-moshed

telegram-moshed

Mengulas mengenai gempa bumi kuat yang menggemparkan di Kumamoto, selatan Jepun, Gabenor Kuroda berkata BoJ sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa lain untuk mengelakkan sebarang gangguan kepada operasi perbankan. Tiada sebarang laporan gangguan untuk sistem penyelesaian  dan pembayaran setakat ini, katanya.

Di pasaran AS, Dollar mengetepikan data inflasi AS yang mungkin membuatkan Feds lebih berhati-hati mengenai kenaikan kadar seterusnya. Harga pengguna AS meningkat kurang daripada jangkaan pada bulan Mac dan inflasi asas juga semakin perlahan. Indeks harga pengguna hanya naik 0.1% pada bulan lalu, sekaligus mengimbangi laporan pasaran buruh yang menunjukkan pengurangan dalam tuntutan pengangguran dari 266 ribu kepada 253 ribu.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register