728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 18 Dec 2014

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-010Dollar Yen kembali menguat Rabu semalam dengan paras tertinggi harian sekitar 118.90 lewat petang sesi dagangan New York selepas Mesyuarat FOMC Federal Reserve awal pagi tadi.  Federal Reserve dalam kenyataan barunya mengatakan, “ia boleh bersabar dalam memulakan proses normalisasi polisi kewangannya” yang didapati selari dengan “mengekalkan interest rate pada kadar rendah buat beberapa waktu” sebelum ini.

Pasaran memberikan reaksi bercampur-campur, walaupun secara umumnya kenyataan baru itu dilihat selari dengan jangakaan para penganalisa ekonomi.  Kadar tukaran USD|JPY pada awal sesi Asia telah pun sedikit tinggi dari pembukaannya minggu ini sekitar 118.67  Sebelum ini Yen mendapat tambahan permintaan lantaran kegusaran para pelabur terhadap perkembangan ekonomi dunia.

Perdana Menteri Shinzo Abe yang menang besar baru-baru ini dilihat bakal meneruskan rancangan “Abenomics” nya dengan versi baru 2.0 untuk mengeluarkan Jepun dari deflasi lebih 2 dekad.  Dengan data ekonomi Amerika Syarikat yang rata-ratanya positif, kadar tukaran USD|JPY dilihat bakal terus meningkat melainkan terdapat sebarang kejutan pasaran.

Tiada sebarang data berimpak tinggi dari Jepun hari ini, dan hanya satu dari Amerika Syarikat iaitu “initial jobless claims” yang dijangka meningkat dari 294,000 kepada 295,000 pemohon.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register