728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 18 Feb 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-009

Dollar Yen melonjak lebih 65 pips dari paras terendah Selasa semalam sekitar 118.23; apabila sokongan dinamik pada ’21 days moving average’ menjadi perhatian para pedagang, dan “housing market index” Amerika Syarikat dijangka lebih baik pada 58 berbanding 57 sebelumnya.  Para pengurus dana dan pelabur juga mula memberi perhatian dan mencari klue untuk mesyuarat FOMC Amerika Syarikat awal pagi khamis nanti.

Di Jepun pula, sidang akhbar Bank of Japan pada awal pagi sesi Asia menjadi perhatian, berikutan inflasi Jepun yang tidak mencapai sasaran.  Bank of Japan dilihat bakal meneruskan program ‘Abenomics’ versi 2.0, walaupun terdapat spekulasi bahawa sebilangan pegawai BoJ tidak menyokong langkah untuk terus melemahkan Yen.  Keadaan ini dilihat menjadikan import lebih mahal terutamanya tenaga yang sememangnya diperlukan Jepun.

Hari ini dengan sidang akhbar Bank of Japan pada sesi Asia, dan juga mensyuarat FOMC Amerika Syarikat yang bakal menjadi perhatian; pasaran dijangka mengalami kejutan.  “Bearish inverted hammer” yang terbentuk di carta mingguan, dan “bearish engulfing” pada carta bulanan; berkemungkinan menunjukkan pasaran yang mula mengambil untung.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register