Share This Post

Archive-Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 18 Mar 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-008

Dollar Yen terus berada dalam dagangan ‘ranging’ Selasa semalam, dengan pergerakan tidak melebih 50 pips; dari paras tertinggi harian sekitar 121.51 ke serendah 121.10; selepas pasaran dilihat lebih suka mengambil sikap tunggu dan lihat terhadap mesyuarat FOMC awal pagi Khamis nanti.  Ketika artikel ini ditulis, nilai tukaran USD|JPY sedang berlegar-legar sekitar pivot mingguan – 121.35

Semalam Bank of Japan membuat keputusan, untuk terus mengekalkan polisi kewangannya dan mengatakan inflasi dijangka terus merendah dalam masa terdekat, ekoran kejatuhan harga minyak mentah.  Di Amerika Syarikat pula, data “building permits” bulanan meningkat kepada 1.09 juta berbanding 1.06 juta jangkaan dan sebelumnya.

Keadaan yang menunjukkan pertambahan permit bangunan baru yang diluluskan untuk dibina itu, sekaligus menandakan ekonomi AS yang semakin baik. Walau bagaimanapun, “housing starts” atau bangunan yang telah dimulakan pembinaannya mengurang kepada 900 ribu berbanding 1.05 juta jangkaan dan 1.08 juta pada sebelumnya.

Tiada sebarang data berimpak tinggi dari Jepun hari ini.  Awal pagi Khamis nanti, mesyuarat FOMC Federal Reserve yang ditunggu-tunggu bakal berlangsung.  Pasaran dijangka terus ranging sehingga itu.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!