banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 18 Mei 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-017

Dollar Yen yang melonjak lebih 75 pips pada sesi Asia Jumaat lalu, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 119.90, jatuh semula sebelum menutup lebih tinggi dari pembukaan sekitar paras 119.40; selepas rata-rata data ekonomi AS dilapor mengecewakan.

Di pasaran ekuiti, saham Jepun jatuh, dengan indeks Topix yang menuju kerugian pertama dalam tempoh lima hari, selepas yen mengukuh berbanding dolar selepas data ekonomi AS yang lemah menunjukkan tanda-tanda ekonomi terbesar dunia itu semakin perlahan. Bank of Japan agak senyap kebelakangan ini, setelah matlamat tinggi yang telah ditetapkan oleh Abenomics kelihatan jauh dari jangkauan setelah ekonomi Jepun telah gagal untuk mencapai pertumbuhan yang mampan.

telegram-moshed

Para pelabur tidak pasti jika BOJ akan bertindak kerana dalam sejarah baru-baru ini, bank pusat itu telah menunjukkan sikap bersabar dan membuat keputusan yang mengejutkan pasaran. Selepas menjadi bank pusat yang paling proaktif pada tahun 2013, BOJ menghabiskan tahun lepas dengan santai kecuali satu keputusan mengejut pada 31 Oktober untuk menambah ransangan ekonomi.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register