Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 18 Mei 2016

USDJPY Analisa Fundamental Harian 18 Mei 2016

Dollar Yen berada dalam dagangan bercampur-campur Selasa semalam, naik turun dari paras tertinggi harian sekitar ¥109.65 ke paras terendah harian sekitar ¥108.83 sebelum menutup sekitar paras ¥109.10; setelah ketiadaan laporan berimpak tinggi dari Jepun semalam dan laporan ekonomi Amerika Syarikat yang memberansangkan, membuatkan Dollar terus mendapat permintaan.

Pemulihan dalam jualan runcit AS megurangkan sedikit keraguan mengenai kekuatan ekonomi AS berikutan suku pertama yang suram, memberikan sokongan kepada badan dasar Federal Reserve, Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC), menaikkan kadar pada akhir tahun ini. Namun, pasaran secara amnya tidak menjangka kenaikan kadar FOMC pada mesyuarat dasar 14-15 Jun ini.

Menurut Bloomberg kenaikan Dollar berbanding Yen ke arah kenaikan bulanan pertama sejak Januari, menyejukkan spekulasi bahawa Jepun akan mendapatkan kelulusan daripada G7 untuk campur tangan dan melemahkan matawangnya. Menteri Kewangan Jepun, Tuan Taro Aso berkata pegawai G7 akan membincangkan perihal matawang pada mesyuarat 20-21 Mei ini, manakala seorang pegawai Perbendaharaan AS berkata pergerakan matawang telah teratur, manakala Setiausaha Jacob J. Lew akan menekankan komitmen terhadap pertukaran asing di Sendai , Jepun.

Yen telah jatuh lebih daripada 3% daripada paras tertinggi dalam masa 18 bulan di tengah-tengah retorik campur tangan BoJ. Kenaikan Dollar AS telah datang apabila data jualan runcit dan keyakinan pengguna AS menunjukkan ekonomi terbesar dunia itu kembali pulih, menurut Brown Brothers Harriman & Co.  Laporan inflasi AS semalam, yang juga lebih baik dari jangkaan serta pengeluaran insdustri yang kembali pulih, tambah menguatkan spekulasi kenaikan kadar AS pada Jun ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register