728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 19 April 2016

USDJPY Analisa Fundamental Harian 19 April 2016

Dollar Yen membuka dengan ‘gap-down’ Isnin semalam, sebelum melonjak lebih 110 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar ¥108.98 dan kemudian menutup sekitar paras ¥108.80; setelah Yen terus memperolehi momentum dalam persekitaran ‘risk-off’. Dalam pada itu, mesyuarat IMF baru-baru ini juga telah memberi tumpuan kepada dasar kadar negatif Bank of Japan.

Sebuah artikel dari Bloomberg berkata bahawa semasa mesyuarat G-20 di Washington minggu lepas, Menteri Kewangan Jepun Taro Aso berkata beliau telah mengesahkan dengan rakan sekerja, termasuk Setiausaha Perbendaharaan AS Jack Lew, bahawa pergerakan matawang yang tidak menentu adalah tidak wajar. Tetapi dalam masa 24 jam, Encik Lew telah terus terang berkata Jepun perlu memberi tumpuan kepada permintaan domestik dan mengatakan bahawa pasaran pertukaran asing bergerak dengan teratur.

Ini adalah amaran jelas bahawa AS tidak melihat campur tangan dalam Yen sebagai wajar. “Terdapat konsensus yang luas bahawa kita harus mengelakkan sistem kewangan global daripada apa-apa jenis kitaran penurunan nilai yang kompetitif,” kata Menteri Kewangan Mexico Luis Videgaray. “Jadi, saya tidak berfikir bahawa ia akan menjadi satu kemungkinan di Jepun atau mana-mana tempat lain,” katanya kepada Bloomberg di Washington.

telegram-moshed

telegram-moshed

Pegawai-pegawai Bank of Japan telah dipenuhi oleh amaran yang keras untuk tidak menurunkan nilai Yen setelah mengambil usaha mereka untuk menurunkannya ketika mesyuarat G-20 di Washington. Encik Taro Aso, Menteri Kewangan Jepun, memberitahu Jack Lew, Setiausaha Perbendaharaan AS, bahawa beliau telah memandang serius mengenai lonjakan yang mencapai ¥108 pada minggu lepas.

Gabenor Kuroda enggan mengulas lanjut mengenai Yen dengan berkata ia adalah tanggungjawab Kementerian Kewangan. Tetapi nilai Yen yang semakin meningkat bermakna keuntungan yang lebih rendah bagi syarikat Jepun, sekaligus mengurangkan selera mereka untuk kenaikan gaji dan pelaburan, yang mana kedua-duanya merupakan saluran penting kepada program rangsangan BoJ dalam meningkatkan ekonomi.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register