728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 19 Dec 2014

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-011Dollar Yen memecah paras tertinggi Rabu sekitar 118.90 pada pembukaan sesi dagangan New York selepas data “initial jobless claims” dari Amerika Syarikat keluar jauh lebih baik dari jangkaan – 289,000 berbanding 295,000 pemohon.  Pengurangan mereka yang memohon “unemployment benefits” buat pertama kalinya ini, menunjukkan keadaan pasaran buruh yang baik hasil dari ekonomi yang mengembang.

Sebelum dari itu, lanjutan dari mesyuarat FOMC Federal Reserve, Presiden Janet Yellen dalam satu sidang akhbar mengatakan Feds dalam landasan yang betul untuk menaikkan “interest rate” seawal April 2015.  Dollar Index kembali ke paras tertinggi minggu lepas sekitar 89.60 pada sesi dagangan pagi New York, selepas menyusut lebih 150 mata semenjak Isnin minggu lalu.

Pada masa yang sama, di Jepun import tahunan yang diukur pada November, menurun 1.7% dari November tahun lalu.  Kejatuhan pertama dalam 3 bulan ini adalah kesan dari kejatuhan harga minyak sedunia.  “Trade balance” Jepun terus dalam defisit untuk 29 bulan berturut-turut.

Hari ini, dengan ketiadaan sebarang data dari Amerika Syarikat, data berimpak tinggi “interest rate decision” dari Jepun bakal menyaksikan reaksi sebenar pasaran  terhadap polisi kewangan Bank of Japan yang dijangka terus mengekalkan “interest rate” pada 0.1%  Apa yang akan menjadi tumpuan adalah sidang akhbar Perdana Menteri Shinzo Abe yang bakal memberikan kenyataan baru untuk program “Abenomics” versi 2.0 nya.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register