728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 21 Mac 2016

USDJPY Analisa Fundamental Harian 21 Mac 2016

Dollar Yen berada dalam dagangan ‘sideway’ Jumaat lalu, dengan pergerakan sekitar 95 pips dari paras tertinggi harian sekitar ¥111.75 ke serendah ¥110.80, sebelum menutup sekitar paras ¥111.55; setelah Dollar mula menstabil pasca laporan mesyuarat FOMC.  Pada masa yang sama, spekulasi berlegar di pasaran bahawa BoJ dijangka bertindak ekoran Yen yang semakin kuat.

“Dollar/Yen memasuki ke dalam wilayah ¥110 adalah penting kerana ianya adalah paras psikologi, tetapi hakikatnya adalah pengeksport Jepun masih menguntungkan, walaupun Yen mengukuh lebih tinggi dari paras sekarang,” menurut Gavin Parry, pengarah urusan di Parry International Trading.

telegram-moshed

Yen yang kuat mengancam pembuat kereta Jepun, yang amat bergantung kepada eksport untuk keuntungan. Saham Toyota Motor Corp susut 2.5% kepada paras 2-1/2 minggu terendah, manakala Nissan Motor Co Ltd menurun 2.6%. Saham pembuat tayar Bridgestone Corp pula jatuh sebanyak 3%.

telegram-moshed

“Pengukuhan ke paras ¥105 mungkin memaksa pegawai Bank of Japan untuk campur tangan secara lisan, manakala paras ¥100 boleh merangsang jualan Yen untuk melemahkannya,” menurut Encik Eisuke Sakakibara, bekas pegawai Kementerian Kewangan Jepun yang digelar “Mr. Yen” kerana peranannya menyelia campur tangan matawang pada 1990-an.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register