Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 2 Apr 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-020

Dollar Yen terus bertarung dengan resistance di pivot bulanan, sekitar 120.15, dan juga resistance di ’21 days moving average’, sekitar 120.35, diikuti sokongan di ’21 weeks moving average, sekitar 118.95; sekaligus menjadikan pasaran dalam dagangan ranging Rabu semalam.

Di pasaran Jepun, laporan “Tankan large manufacturing index” sedikit mengecewakan apabila meleset dari jangkaan, walaupun sedikit baik daripada sebelumnya.  Index Tankan dilaporkan pada 10 berbanding 16 jangkaan dan 9 pada sebelumnya.  Laporan dari Bank of Japan itu juga menyebut tentang ‘bearish’ sentimen para pekilang, yang merancang untuk memotong pelaburan baru, gara-gara permintaan domestik dan global yang lemah.

Hari ini dengan ketiadaan sebarang data berimpak tinggi dari Jepun, Dollar dilihat semakin sukar untuk terus menguasai pasaran, terutamanya dengan ‘unemployment claims’ yang dijangka bertambah dari 282 ribu kepada 285 ribu pemohon, walaupun defisit dagangan dijangka mengurang.  Tambahan pula, esok pasaran rata-rata bercuti sempena ‘Good Friday dan NFP Amerika Syarikat dijangka mengurang dari 295 ribu kepada 244 ribu tambahan pekerja.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register