728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 2 Dec 2014

usd_jpy_forex-moshedfx

Dollar Yen terus meningkat pada sesi Asia Isnin pagi seakan Dollar tidak berganjak dengan menghampiri nilai rekod tertinggi sekitar 119.05 Jumaat lalu dengan hari terakhir dagangan untuk bulan November menyaksikan pelbagai data dengan tumpuan utama terhadap penurunan pada jualan runcit.

Kedua-dua data rasmi dari kerajaan China dan HSBC yang mengecewakan mendominasi pasaran seawal hari dagangan lagi.  Data kerajaan China menunjukan pengurangan output perkilangan kepada 50.3 dan HSBC juga memberi petunjuk yang hampir sama dengan sebarang pengurangan bawah dari 50 membawa maksud penguncupan ekonomi.

telegram-moshed

Para pengkritik mengatakan Polisi Perdana Menteri Shinzo Abe untuk mengakhiri deflasi selama lebih 10 tahun di Jepun dan menjana ekonomi hanyalah membantu bandar-bandar dan syarikat-syarikat besar sahaja, termasuk mereka yang kaya, dengan melonjakkan harga saham dan keuntungan para pengeksport melalui polisi kewangan murah yang meruntuhkan nilai Yen dan menaikan nilai asset-aset di Jepun.  Perdana Menteri Abe telah menggunakan kesempatan ini kesegenap pelusuk negara Jepun bagi menghadapi pilihanraya pada 14 December nanti.

Yen yang lemah telah menyebabkan kenaikan kos bagi para petani dan penternak mengimport jagung dari Amerika bagi makanan ternakan mereka walaupun kebanjiran bekalan diserata dunia telah menurunkan kos makanan ternak secara amnya.  Walaupun permintaan terhadap susu di Jepun meningkat dan harga untuk sesetengah produk tenusu adalah pada paras tertinggi, pengeluaran domestic adalah pada paras terendah dalam tempoh 3 dekad dengan peningkatan pengeluaran diserata dunia yang menyebabkan lebihan.

 

Masih belum mempunyai pengalaman trading? Jom buka akaun demo bersama One Financial Markets di sini – KLIK SINI

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register