728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 2 Feb 2016

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-001

Dollar Yen susut lebih 75 pips Isnin semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar ¥120.65 sebelum menutup sekitar paras ¥120.95; setelah Bank of Japan berpindah kepada dasar kadar negatif. Indeks perindustrian Dow naik hampir 400 mata Jumaat lalu, sekaligus menenangkan kembali sebulan yang bergelora untuk pasaran kewangan, di mana pelabur melarikan diri dari pasaran saham dan membanjiri aset-aset ‘safe-haven’ seperti bon kerajaan dan emas.

Para trader berkata lonjakan Dow didorong oleh keputusan Bank of Japan yang mengejutkan, untuk menyertai Bank Pusat Eropah dan bank-bank pusat Sweden, Denmark dan Switzerland dalam wilayah kadar negatif. Sebelum krisis kewangan, langkah itu dilihat sebagai tidak masuk akal, tetapi kini ia adalah suatu yang biasa. Juga menyumbang kepada kenaikan pasaran saham ialah kesan pengimbangan dana bulanan.

telegram-moshed

Oleh kerana perbezaan dalam prestasi pasaran saham dan bon pada bulan Januari, dana dengan mandat untuk mengekalkan keseimbangan tertentu antara kedua-dua kelas aset tersebut, telah terpaksa membeli saham pada Jumaat lalu. Keputusan BoJ, dan tindak balas pasaran saham yang berikutnya, menggambarkan perdagangan huru-hara pada bulan Januari yang telah mendominasi sentimen pasaran.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari AS mahupun Jepun hari ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register