728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 2 Jan 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-008Dollar Yen menutup pasaran sekitar 119.88 Rabu lalu untuk bercuti tahun baru 2015 Khamis semalam.  Para pedagang rata-rata mengambil untung untuk menutup buku dagangan tahun 2014, dengan menjual pegangan ekuiti dan membeli Yen yang murah walaupun ianya dijangka terus susut nilai ekoran Bank of Japan yang bakal meneruskan program ransangan ekonomi ala “Abenomics” versi 2.0  Dengan keadaan pedagang dan pelabur yang kebanyakannya menjual Yen, terdapat potensi untuk mereka membeli balik bagi menutup jualan tersebut.

Walaupun pasaran berdepan dengan krisis politik di Greece, Dollar dijangka terus dalam “uptrend” untuk tahun 2015, ini selepas meningkat sekitar 14% berbanding Yen pada 2014.  Nilai tukaran USD|JPY yang terperangkap dalam julat antara 100.00 dan 105.00 pada 6 bulan pertama 2014, melonjak naik hampir mencecah 122.00 pada awal December lalu.  Para penganalisa di Bank of America menjangkakan USD|JPY bakal didagangkan dalam julat 117.00 – 119.00 pada 6 bulan pertama 2015, sebelum kembali semula ke paras 121.00 dan memuncak ke 123.00 pada 6 bulan terakhir 2015.  Jangkaan ini didorong oleh dasar kewangan yang berbeza untuk Jepun dan Amerika Syarikat.

Dollar dijangka sedikit lemah dengan Amerika Syarikat yang bakal melaporkan “ISM manufacturing PMI” yang dijangka melemah dari 58.7 kepada 57.6 malam ini.  Tiada sebarang data ekonomi dari Jepun sehingga minggu depan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register