Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 2 Mac 2016

USDJPY Analisa Fundamental Harian 2 Mac 2016

Dollar Yen melonjak lebih 200 pips Selasa semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar ¥114.20 sebelum menutup sekitar ¥114.00; selepas data menunjukkan bahawa perbelanjaan modal dan isi rumah Jepun terhempas pada Januari lalu, apabila pengguna mula bimbang mengenai deflasi dan ekonomi yang lemah.

Di pasaran Jepun, perbelanjaan isi rumah menurun untuk bulan kelima berturut-turut, jatuh selepas diselaraskan dengan inflasi sebanyak 3.1% daripada setahun yang lalu, terkesan daripada cuaca panas luar biasa, menurut laporan kerajaan Jepun semalam. Purata perbelanjaan isi rumah pada Januari berjumlah ¥280,973 ($2,500), menurut data yang dikeluarkan oleh Hal Ehwal dan Komunikasi Kementerian Dalam Negeri. Kementerian itu mengekalkan penilaiannya bahawa trend perbelanjaan dan penggunaan masih berterusan lemah.

Keadaan tersebut adalah amaran terbaru kepada ekonomi Jepun, yang menyusut 1.4% dalam tempoh Oktober-Disember, terjejas oleh perbelanjaan pengguna yang lemah, yang menyumbang kira-kira 60% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar Jepun. Kerajaan juga memberi amaran bahawa ia menjangka penurunan mendadak dalam pengeluaran perindustrian pada bulan Februari disebabkan oleh eksport ke China yang semakin perlahan.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!