banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 2 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-017

Dollar Yen berada dalam dagangan ‘sideway’ Khamis semalam, dengan pergerakan 75 pips dari paras tertinggi harian sekitar 120.25 ke serendah 119.50, sebelum menutup sekitar paras 119.95; setelah dolar AS terus meningkat dan yen menurun apabila permintaan untuk aset ‘safe-haven’ mula pudar dan indeks tankan dilaporkan lemah. Bank pusat Jepun berkata sentimen di kalangan pengeluar besar merosot dalam suku terbaru ini, sekaligus membayangkan kedudukan yang goyah untuk pertumbuhan ekonomi negara matahari terbit itu.

Indeks Tankan Bank of Japan jatuh tiga mata kepada +12, meleset dari jangkaan memandangkan sentimen perniagaan bertambah buruk buat kali pertama dalam tempoh 9 bulan. Keadaan ini mendorong para pelabur bertaruh bahawa lebih banyak rangsangan daripada bank pusat Jepun akan datang tidak lama lagi, kata penganalisis. Indeks Tankan mengukur sentimen korporat, dengan menolak jumlah syarikat yang mengatakan keadaan perniagaan adalah negatif daripada mereka yang memberi komen positif.

telegram-moshed

telegram-moshed

Junichi Makino, Ketua Ekonomi di SMBC Nikko Securities Co, berkata bahawa kaji selidik itu menunjukkan sentimen pesimis secara keseluruhan, tetapi petunjuk lain, seperti prospek keuntungan dan rancangan untuk perbelanjaan pembinaan, adalah meyakinkan, sekaligus memberikan sedikit harapan kepada ekonomi Jepun.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register