banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 20 Apr 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-014

Dollar Yen menyusut sedikit sekitar 60 pips Jumaat lalu, dalam dagangan bercampur-campur dari paras tertinggi harian sekitar 119.25 ke serendah 118.55, sebelum menutup lebih rendah dari pembukaan selepas data CPI tahunan AS sedikit mengecewakan apabila dilaporkan pada -0.1% berbanding jangkaan pada sifar.  Walau bagaimanapun CPI teras yang sedikit lebih baik, 1.8% berbanding 1.7% jangkaan serta “consumer sentiment index” yang memberansangkan menjana sedikit permintaan untuk Dollar.

US Dollar Index telah jatuh sepanjang minggu lepas, dari paras tertinggi sekitar 100.25 ke serendah sekitar 97.15 selepas majoriti data-data ekonomi Amerika Syarikat keluar mengecewakan.  Presiden Federal Reserve Atlanta Dennis Lockhart berkata baru-baru ini, berdasarkan data-data terbaru yang menunjukkan ekonomi AS masih lemah, beliau tidak bersetuju dengan kenaikan pada Jun ini.  Walaupun demikian, beliau yakin ekonomi AS akan kekal di landasan yang betul.

telegram-moshed

Dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari kedua-dua negara hari ini; para pelabur, pengurus dana, dan pedagang dilihat mula menumpukan kepada data-data ekonomi sepanjang minggu ini.  4 data berimpak tinggi dari Amerika Syarikat bakal menjadi perhatian iaitu – “existing home sales” pada Rabu, “unemployment claims” dan “new home sales” pada Khamis, dan “durable goods orders” pada Jumaat.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register