728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 20 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-011

Dollar Yen yang melonjak lebih 85 pips sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah Selasa semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar ¥118.10, kembali susut pada sesi New York untuk menutup sekitar ¥117.60; setelah pasaran menilai data ekonomi China yang bercampur-campur. Di Jepun, saham syarikat minyak diniagakan bercampur-campur dengan IPEX turun 0.36% dan Jepun Petroleum naik 0.43%. Cosmo Oil pula susut 1.40 peratus. Menurut laporan, syarikat minyak tersebut membeli kargo minyak mentah AS, kira-kira 300 ribu tong, menjadikannya pembelian pertama oleh pembeli Jepun, sejak penggantungan empat dekad ke atas eksport minyak mentah Amerika Syarikat berakhir.

Ekonomi China menjadi perlahan pada bulan Disember, menutup suku pertumbuhan yang paling lemah sejak kemelesetan global 2009. Pengeluaran perindustrian, jualan runcit dan pelaburan aset tetap semua perlahan pada akhir tahun lalu, manakala Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat 6.8% pada suku keempat berbanding tempoh yang sama pada tahun 2014. KDNK telah meningkat 6.9% – yang terendah sejak tahun 1990 – untuk setahun penuh, sejajar dengan sasaran kerajaan kira-kira 7%.

telegram-moshed

telegram-moshed

Selepas tahun yang tidak menentu dengan penurunan nilai Yuan, kejatuhan mendadak dalam rizab pertukaran asing, dan kejatuhan pasaran ekuiti yang pada satu peringkat menghapuskan $5 trilion nilai modal; pasaran saham telah menjunam semula pada 2016. Pasaran global telah digegarkan oleh kebimbangan, sama ada pembuat dasar boleh mengelakkan kejatuhan dalam pemacu tradisi ekonomi, iaitu sektor pembuatan dan pelaburan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register