728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 20 Mei 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-008

Dollar Yen terus memacu naik lebih 85 pips Selasa semalam, dari paras terendah harian sekitar 119.80 sebelum menutup lebih tinggi sekitar paras 120.70; selepas data perumahan Amerika Syarikat dilaporkan lebih baik dari jangkaan. “Building permits” dilaporkan pada 1.14 juta berbanding 1.06 juta jangkaan dan 1.04 juta pada sebelumnya.  “Housing starts” juga bertambah baik pada 1.14 juta berbanding 940 ribu pada sebelumnya dan 1.02 juta jangkaan.

Baru-baru ini, data ekonomi AS yang lebih lemah daripada yang dijangkakan, telah mencetuskan spekulasi bahawa Feds akan menangguhkan kenaikan “interest rate” yang pertama dalam hampir satu dekad, sekaligus merencatkan kenaikan Dollar yang telah berlansung selama beberapa bulan berbanding mata wang utama dunia.  Dollar Index berada sekitar paras 95.40 ketika artikel ini ditulis.

Di pasaran Jepun pula, pengeluaran perindustrian negara matahari terbit itu merosot lebih daripada yang dijangkakan menurut data terakhir yang dikeluarkan oleh Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri. Indeks pengeluaran perindustrian merosot kepada 0.8% berbanding dengan anggaran asal iaitu penurunan sebanyak 0.3%.

Pada asas tahunan, pengeluaran perindustrian merosot kepada 1.7% berbanding 1.3% seperti yang dijangkakan sebelum ini. Gabenor Bank of Japan melihat perkembangan dalam aktiviti industri untuk mengurangkan kegawatan dalam ekonomi. Semua perhatian akan diberikan kepada mesyuarat Bank of Japan, dengan spekulasi bahawa bank pusat itu mungkin menambah rangsangan untuk menjana semula ekonomi.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register