Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 20 Mei 2016

USDJPY Analisa Fundamental Harian 20 Mei 2016

Dollar Yen susut lebih 65 pips Khamis semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar ¥109.70 sebelum menutup sekitar paras ¥109.95; setelah pasaran mula dipenuhi kegiatan mengambil untung belian. Pada masa yang sama, minit mesyuarat FOMC terbaru masih mendapat perhatian. Menurut laporan Bloomberg, kemungkinan kadar Feds meningkat pada mesyuarat FOMC 14-15 Jun ini, kini meningkat dua kali ganda dari hari Selasa kepada 32%, manakala kenaikan pada September meningkat kepada 62% daripada 47% pada hari sebelumnya.

Indeks Dollar memacu naik tiga minggu berturut-turut, kenaikan terpanjang sejak Januari. Ia telah mengatasi 3% daripada kejatuhan tahun ini, terkesan daripada komen Presiden Feds cawangan yang mengatakan akan terdapat sekurang-kurangnya dua kenaikan kadar pada tahun ini. “Jika ekonomi Amerika Syarikat telah agak kukuh, maka dua kenaikan kadar masih munasabah – salah satu boleh menjadi pada Jun, atau Julai, dan satu lagi boleh menjadi Disember,” menurut Franklin Templeton Beck, seorang pengarah dana pendapatan tetap yang berpangkalan di London.

Dollar terus meningkat pada awal perdagangan sesi Asia pada hari Khamis, selepas memacu ke paras tertinggi dalam seminggu apabila minit mesyuarat FOMC terkini Federal Reserve AS mencetuskan jangkaan kenaikan kadar pada Jun ini. Dollar meningkat setinggi ¥110.25 semalaman, paras terkukuh sejak 28 April, kali terakhir ia didagangkan melebihi ¥110.

telegram-moshed

Kestabilan matawang mungkin menjadi topik utama mesyuarat pemimpin kewangan G7 di Sendai, utara Jepun pada Jumaat dan Sabtu ini. Mesyuarat itu boleh mendedahkan perselisihan mengenai pelbagai isu daripada matawang hingga dasar fiskal dalam kumpulan negara-negara maju. Menurut Financial Times, ekonomi Jepun meningkat pada kadar tahunan sebanyak 1.7% pada suku pertama tahun 2016, dengan mudah menewaskan jangkaan kenaikan 0.3%, dalam satu kejutan besar kepada pembuat dasar Jepun.

Peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) yang membalikkan penguncupan pada suku keempat tahun 2015, bermakna Jepun telah mengelakkan satu lagi kemelesetan teknikal, yang ditakrifkan sebagai dua suku pertumbuhan negatif yang berturut-turut. Malam ini, Amerika Syarikat bakal melaporkan jualan rumah sedia ada yang dijangka meningkat dari 5.33 juta kepada 5.4 juta unit.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Jepun hari ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register