728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 20 Nov 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-013

Dollar Yen jatuh lebih 100 pips sepanjang 3 sesi dagangan Khamis semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar 122.60 sebelum menutup sekitar paras 122.85; setelah Bank of Japan mengekalkan kadar semasa dan rangsangan monetari semalam, dengan harapan bahawa pemulihan ekonomi sedang mendekat walaupun pelaburan dalam negeri lemah dan keadaan perniagaan global semakin mencabar.

Bank Pusat Jepun juga mengekalkan penilaiannya, bahawa, walaupun eksport dan pengeluaran telah mula perlahan terkesan dari kelemahan permintaan negara membangun; ekonomi Jepun terus pulih secara sederhana.  “Ekonomi Jepun dijangka terus pulih sederhana” dengan perbelanjaan modal yang masih berada di atas trend yang meningkat sederhana, kata BoJ dalam kenyataan untuk mengumumkan keputusan dasar, yang telah dibuat dengan undi 8-1.

telegram-moshed

telegram-moshed

Dalam pernyataan dasar itu, lembaga BoJ menyatakan bahawa ekonomi Jepun terus pulih walaupun sederhana, sambil mengakui bahawa eksport dan pengeluaran terjejas oleh kelembapan dalam ekonomi negara membangun.  Kenyataan itu dikeluarkan walaupun ekonomi Jepun menguncup 0.8% pada suku ketiga 2015 yang berakhir September lalu, menandakan ianya satu kemelesetan teknikal berikutan penurunan yang sama pada suku kedua.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register