banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 20 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-010

Dollar Yen berada dalam dagangan ‘sideway’ Isnin semalam, dengan pergerakan 45 pips dari paras tertinggi harian sekitar 119.60 ke serendah 119.15, sebelum menutup sekitar paras 119.50 lebih tinggi dari pembukaan sekitar paras 119.40; setelah pasaran menunjukkan respons yang sedikit untuk data China yang bercampur-campur walaupun dolar AS susut sedikit pada sesi Asia. Indeks dolar menutup sekitar paras 94.95.

Dolar mendapat rangsangan pada akhir minggu lepas, dari semakan semula dalam pengeluaran perindustrian bagi bulan Ogos dan kajian Universiti Michigan yang menunjukkan pemulihan ketara dalam sentimen pengguna; sekaligus menolak pulangan bon AS ke paras yang lebih tinggi.

Di pasaran Jepun, rangsangan terkini untuk pengeluaran domestik di kalangan sesetengah pengeluar Jepun adalah disebabkan oleh yen yang lemah; menyebabkan harga import barangan Jepun yang dihasilkan di luar negara meningkat dan peningkatan dalam kos buruh di negara-negara membangun di mana syarikat-syarikat Jepun mempunyai pangkalan pengeluaran.

Adalah dijangka bahawa pengeluaran dalam negeri yang bertambah baik akan membantu menghentikan pengaliran keluar industri pembuatan dan lebih banyak pekerjaan dapat diwujudkan dalam pasaran tempatan.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register