728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 21 Apr 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-016

Dollar Yen yang jatuh lebih 40 pips sepanjang sesi Asia Isnin semalam, memacu naik kembali lebih tinggi dari pembukaan untuk mencapai paras tertinggi sekitar 119.45 pada sesi pagi New York; sebelum menutup pada sekitar 119.15, selepas Dollar kembali mendapat permintaan dan pada masa yang sama, People Bank of China diberitakan telah menambah kecairan dalam pasaran untuk menjana pertumbuhan ekonominya.

Di pasaran Jepun “Tertiary Index” yang mengukur aktiviti industri pengajian tinggi di negara itu, meningkat sebanyak 0.3% pada bulan Februari, menurut Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun pada hari Isnin semalam; sekaligus mengatasi jangkaan penurunan sebanyak 0.7% selepas kenaikan 1.4% pada bulan Januari.  Antara industri yang berdaya maju adalah hartanah, pengangkutan dan aktiviti pos, kewangan dan sokongan pembelajaran. Industri yang merosot pula adalah jualan runcit, perubatan, utiliti, perkhidmatan peribadi dan perkhidmatan sebatian.

telegram-moshed

Pada masa yang sama, US Dollar kembali stabil dalam dagangan awal Asia Isnin semalam. Dollar Index stabil pada sekitar 97.50 pada sesi Eropah; setelah mengalami penurunan 1.8% minggu lalu apabila data-data AS yang mengecewakan mendorong pasaran mengurangkan pembelian.  Para pelabur dilihat bakal menumpukan perhatian kepada laporan pendapatan korporat-korporat AS sepanjang minggu ini, untuk mendapat gambaran yang lebih jelas tentang ekonomi AS, ekoran kebimbangan Dollar yang kukuh telah menurunkan keuntungan pada syarikat-syarikat besar.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register