728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 21 Jan 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-014

Dollar Yen terus memacu naik lebih 120 mata Selasa semalam, sebelum berdepan dengan “resistance” pada pivot bulanan sekitar 119.10 yang juga merupakan “21 days Moving Average” pada carta harian.  “Downtrend” yang telah dikenalpasti oleh “stop and reverse” indikator, di kedua-dua carta mingguan dan harian menandakan para penganalisa teknikal akan mula mengintai peluang jualan.

Para penggubal polisi di Bank of Japan yang bakal bermesyuarat minggu ini, bagi mengulas kadar “interest rate”; dilihat juga terpaksa membuat keputusan sama ada mereka boleh menangguhkan program “Abenomics” versi 2.0 buat sementara waktu, bagi menangangi masalah inflasi yang menjauh dari sasaran 2%, angkara kejatuhan teruk harga minyak mentah global.

Di Amerika Syarikat pula, data-data ekonomi yang dilapor sedikit mengecewakan minggu lepas, menyebabkan para pelabur mula mempersoalkan tentang kemungkinan “interest rate” dinaikkan lewat dari jangkaan April ini.  Bloomberg News dalam satu bancian, melaporkan majoriti para penganalisa berpandangan September adalah masa yang lebih realistik untuk kenaikan “interest rate” AS.

Hari ini BoJ bakal mengadakan sidang akhbar, yang juga bakal dilaporkan beberapa data ekonomi berimpak sederhana – “industry activity index”, “coincident index”, dan “economic index” yang dilihat boleh mempengaruhi permintaan untuk Yen, terutamanya jika BoJ menangguhkan perlaksanaan “Abenomics” versi 2.0  Amerika Syarikat pula bakal melaporkan “building permits” yang dijangka meningkat dari 1.03 juta kepada 1.06 juta.  Pasaran dijangka didominasi dengan para pelabur yang mengambil untung belian.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register