Share This Post

Archive-Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 21 Sep 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-007

Dollar Yen jatuh lebih 130 pips untuk mencapai paras terendah harian sekitar 119.05 sepanjang sesi Asia Jumaat lalu, sebelum memacu naik semula lebih 90 pips pada sesi petang Eropah dan menutup sekitar paras 119.95; setelah Federal Reserve AS mengekalkan kadar dalam mesyuarat FOMC pada awal pagi Jumaat sebelum BoJ mengeluarkan minit mesyuarat terbaru mereka.

Pembuat dasar Bank of Japan bersetuju bahawa ekonomi negara membangun telah mengalami pertumbuhan yang lemah tetapi, kemungkinan akan meningkat dalam perspektif jangka panjang, menurut minit mesyuarat bank pusat Jepun itu pada Ogos yang baru sahaja disiarkan Jumaat lalu.

Mereka juga mengesahkan pandangan bahawa apa yang penting dalam menjalankan dasar kewangan, bukanlah harga minyak yang rendah, tetapi bagaimana ianya mempengaruhi trend inflasi secara meluas.  Beberapa ahli melahirkan kesedaran bahawa ia adalah perlu untuk memantau perkembangan terkini harga minyak mentah, termasuk faktor-faktor di sebalik perkembangan itu; sebagai salah satu daripada ketidaktentuan mengenai prospek inflasi.

 

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!