728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 22 Dec 2014

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-012Dollar Yen memacu semula ke paras tertinggi Khamis minggu ke-2 December sekitar 119.45 selepas Federal Reserve Amerika Syarikat memberi petanda jelas yang “interest rate” bakal dinaikkan seawal April 2015.  Perdana Menteri Shinzo Abe yang juga telah menang besar dalam pilihanraya umum Jepun baru-baru ini dilihat bakal meneruskan program “Abenomics”, kali ni dengan versi 2.0 yang memperuntukkan 3.5 trillion Yen untuk menjana semula ekonomi Jepun yang telah menguncup sejak lebih 20 tahun lalu.

Bank of Japan yang bermesyuarat Jumaat lepas, dengan undian 8-1, mengekalkan “interest rate” pada 0.1% dan akan meneruskan pembelian bon-bon kerajaan pada kadar 80 trillion Yen ($676 bilion) setahun bagi mengembangkan asas kewangannya.  Pelbagai pakej ransangan ekonomi bakal diluluskan kabinet Jepun seawal 27hb ini lapor akhbar Nikkei.

Hari ini, dengan ketiadaan data berimpak tinggi dari Jepun dan Amerika Syarikat yang bakal melaporkan “existing home sales” yang dijangka berkurang kepada 5.25 juta dari 5.26 juta bulan lepas; pasaran dijangka “ranging” dengan aktiviti pengambilan untung.

telegram-moshed

Anda sedang trade guna akaun demo biasa? Apa kata anda join Demo Contest dari One Financial Markets. Anda bakal memenangi sebuah Akaun Forex Real yang tidak MC, untung boleh withdraw – Info lanjut klik sini

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register