banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 22 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-013

Dollar Yen berada dalam dagangan ‘sideway’ Isnin semalam, dengan pergerakan sekitar 65 pips dari paras tertinggi harian sekitar ¥121.50 ke serendah ¥120.85, sebelum menutup sekitar paras ¥121.20; setelah para trader mula menempatkan dana untuk keselamatan menjelang cuti panjang. Pasaran mula tenang selepas Bank of Japan mengumumkan untuk membeli dana dagangan bursa (ETF) yang menjejaki syarikat yang “secara proaktif membuat pelaburan dalam modal fizikal dan manusia.”

BoJ akan membelanjakan sekitar ¥300 bilion ($2.5 bilion) setahun dari April depan, untuk pembelian tersebut bagi mengimbangi kesan pasaran apabila ia menjual semula saham yang dibeli daripada institusi kewangan sebelum ini. Masalahnya ETF seperti itu tidak pernah wujud di Jepun. Walaupun penyedia dana memulakan beratus-ratus ETF yang dipanggil “smart beta” – dana ETF yang memilih saham berdasarkan segala-galanya daripada dividen kepada volatiliti, ETF yang melabur dalam syarikat, berdasarkan penggunaan modal sukar ditemui di pasaran global.

telegram-moshed

“ETF begini tidak wujud sekarang. Menggunakan perbelanjaan modal sebagai faktor dalam menentukan pelaburan ETF adalah agak luar biasa,” menurut Koei Imai, yang menyelia $25 bilion ETF di Nikko Asset Management Co. Tokyo. “Saya fikir mesej daripada BoJ adalah untuk kita keluar dan membuatnya.” tambah beliau lagi. Bank of Japan mempunyai sedikit peluang untuk mencapai sasaran inflasi 2% dalam beberapa tahun akan datang.  Ini adalah antara langkah untuk mencapai sasaran tersebut.

Kaji selidik Tankan terkini menunjukkan firma Jepun menjangkakan harga meningkat 1% pada tahun hadapan, turun daripada jangkaan 1.2% yang mereka laporkan pada bulan September. Kegagalan untuk mencapai sasaran tersebut akan menekan Gabenor Kuroda untuk melaksanakan pembelian aset yang lebih besar.  Malam ini Amerika Syarikat akan melaporkan bacaan akhir GDP suku ketiga yang dijangka menurun dari 2.1% kepada 1.9% dan jualan rumah sedia ada yang juga dijangka turun dari 5.36 juta unit kepada 5.32 juta unit.  Tiada laporan berimpak tinggi dari Jepun hari ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register