banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 22 Feb 2016

USDJPY Analisa Fundamental Harian 22 Feb 2016

Dollar Yen terus susut untuk hari keempat Jumaat lalu, lebih 105 pips untuk ke paras terendah harian sekitar ¥112.30 sebelum menutup sekitar paras ¥112.55; setelah pasaran terus memberikan reaksi kepada minit mesyuarat FOMC yang menekankan kesan kejatuhan harga minyak dan kegawatan pasaran kepada ekonomi Amerika Syarikat.

Di pasaran Amerika Syarikat, inflasi dilaporkan kembali ke paras sifar dari -0.1% pada sebelumnya dan inflasi teras meningkat lebih baik dari jangkaan, pada 0.3% berbanding 0.2%, dan 0.1% pada sebelumnya.  Namun, angka yang baik itu tidak mampu menahan sentimen pasaran yang risau dengan kenyataan Pengerusi Feds Janet Yellen kepada kongress AS bahawa Feds mungkin terpaksa menurunkan semula kadar jika keadaan bertambah buruk.

Pengerusi Feds itu juga dikatakan tidak menolak kemungkinan mengguna pakai kadar negatif untuk mempertahankan pemulihan ekonomi AS, jika perlu.  Walaupun ianya agak mustahil, pasaran menganggap ianya satu tekanan dalam menghadapi kemelut ekonomi global.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register